Tuesday 22 October 2013

Nubis: Gunpla dan JS Hobby yang owsem

Salam Nubis,

Baru-baru ni dapat memujuk kawan untuk membeli Gundam di JS Hobby. Kawan aku terpikat dengan Gundam Wing Endlass Waltz itu pun selepas sejam lebih die berfikir. JS Hobby memiliki pilihan Gundam yang sangat banyak baik dari MG, PG, RG etc. yang aku sendiri pun tak tau. 

Selain Gundam JS Hobby juga menjual mokit MotoGP Tamiya, model Kotobukiya, jet pejuang Hasegawa, Zoids, Laboratory set yang terdiri daripada set angkasa dan kapal selam dan banyak lagi. 

Apa yang membuatkan aku terus menerus datang kesini ialah kelengkapan dan peralatan Tamiya yang dijualnya. Terdapat semua kelengkapan dan peralatan mokit Tamiya yang korang perlukan disini baik dari Pla plate, Polish wax, cat dan spray, weathering set, market, cement, dan bermacam-macam lagi. Aku akan terus datang untuk mendapat peralatan detail up seperti polish, cat dan keluaran terbaru metallic dust yang membuatkan mokit korang kelihatan berkilat seperti besi. 

Berikut ialah GunPla kawan aku untuk tatapan kali ini. 
















How to go to JS Hobby?

JS Hobby  
09-01, Jalan Mewah Ria 5/4, 
Taman Bukit Mewah, 
81200, Johor Bahru
p/s : Konsep kedai dia close store, kena tekan bell baru die bukak pintu. Kedai dia tingkat atas.

Online Store 
www.jshobby.cc

Facebook
www.facebook.com/jshobbycc 

p/s: kalau korang kesana mentionlah nubisforever.blogspot.com, OK?

KKu et.al

Sunday 20 October 2013

Nubis: Bajet tools 2

Kit
OK, hari ini korang akan mendalami peralatan dan kelengkapan yang korang perlukan untuk memulakan kerja mokit korang. Jom baca.

Tuesday 1 October 2013

Nubis: Bajet Tools



Salam nubis, 

Setiap kerja didalam dunia ini ada peralatan dan kelengkapan yang digunakan untuk memudahkan kerja tersebut. Seorang pemancing memerlukan joran dan juga rapala untuk memancing namun seorang pemancing juga dapat melakukan kerja yang sama dengan hanya sebatang kayu, sehelai benang dan juga satu cangkuk. Sebatang joran tidak menjanjikan seseorang pemancing itu mendapat ikan yang besar berbanding seorang pemancing yang menggunakan sebatang kayu. Semuanya terletak pada tangan seseorang itu untuk menjadikan sesuatu yang tidak hebat kepada sesuatu yang sangat hebat.