Sunday 20 October 2013

Nubis: Bajet tools 2

Kit
OK, hari ini korang akan mendalami peralatan dan kelengkapan yang korang perlukan untuk memulakan kerja mokit korang. Jom baca.

6. Spray

Primer surface berwarna Kelabu, spray silver dan spray hitam merupakan warna yang mesti ada dalam koleksi spray korang.
Spray merupakan aktiviti yang paling penting dalam mokit. Hasil kerja korang akan ditentukan dengan berapa cantik spray korang nanti, kekemasan spray dan berapa banyak jenis warna yang korang apply-kan ke atas mokit korang.  Pemilihan warna dan berapa lapisan cat korang juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan mokit yang owsem. Ini tidak memikirkan jenis spray samaada candy, flat, atau flourescent dan berbagai lagi jenis spray yang ada. 

Nubis harus memiliki spray dalam penghasilan mokit mereka. Pelaburan korang pun akan banyak menjurus kepada pembelian cat mengikut warna dan jenisnya. Spray yang paling baik datangnya dari Airbrush dan kepelbagaian warna boleh dicapai dengan teknik airbrush. 

Nubisforever.blogspot.com mengetengahkan kepentingan bajet didalam mokit kerana isu kenaikan minyak sekarang menjadi penghalang kepada modeller melabur wang mereka untuk hobi ini. Cukup isu politik. 

Nubisforever menyarankan penggunaan Spray Can berjenama Anchor, TOA, dan Samurai. Antara ketiga-tiga ini aku memilih Anchor sebab murah, senang didapati, tidak memakan plastik, dan jenama paling dikenali. Terdapat lagi beberapa spray yang boleh disembur ke atas mokit korang tanpa menganggu gugat kestabilan plastik mokit tersebut namun aku lupa nama mereka. 

Anchor senang didapati di kedai-kedai hardware dengan harga RM 7 setin. Anchor juga menawarkan warna yang pelbagai untuk korang pilihkan. Setakat ini aku hanya menggunakan jenama Anchor didalam mokit aku. Sebagai permulaan, korang boleh beli Primer, satu warna untuk undercoat, dan satu warna base korang. 

Anchor Spray Can  Hardware Primer MYR 7 , Warna MYR 9

7. Tweezer
Aku menggunakan yang tajam kerana banyak kegunaannya.
Tweezer gunanya untuk memegang objek kecil semasa korang bermokit. Pada scala 1/24 semua part adalah sangat kecik untuk di ambil menggunakan jari. Pemasangan part pun sangat susah tambahan pula aku baru lagi dalam bidang ini. Kekok rasanya. 

Tweezer akan memegang part dan objek kecil dengan cemerlang sekali. Gunanya adalah sangat penting dan banyak memudahkan dan membantu korang membina mokit. Tweezer yang disarankan ialah tweezer yang berkepala leper dan tweezer yang berkepala tajam. 

Tweezer yang berkepala leper adalah sangat baik untuk mengambil objek yang berbentuk bulat dan digunakan semasa pemasangan dan percantuman part. Tweezer berkepala tajam pula sesuai digunakan untuk mengambil sesuatu yang melekat dan memerlukan ketipan yang menusuk. Setelah beberapa kali menggunakan tweezer korang secara semulajadi akan memahami konsep tweezer itu.

Jadi teruskan berlatih!

Tweezer DAISO AEON Jusco Bukit Indah MYR 5

8. Cutting board
Cutting mat saiz
Ok, cutting board ni berfungsi untuk menghasilkan tempat yang selamat semasa memotong. Cutting board juga memastikan ketapatan semasa pemotongan barangan dilakukan. Banyak kerja aku dilakukan diatas cutting board ni baik dari segi memotong, gam, membentuk dan juga meletakkan masking tape semuanya dilakukan diatas cutting board. Saiz cutting board korang terpulanglah. Tepuk dada tanya selera. 

Cutting board Kedai Alatulis MYR 15 (ikut saiz)

9. Putty

Instant putty senang dan murah.
Putty digunakan untuk menutup permukaan yang tidak rata dan juga memenuhi lubang yang tidak dingini. Putty juga digunakan untuk membentuk (scuplt) bodykit atas part yang dinginkan.

Terdapat banyak putty diluar sana baik dari segi tahan lama, tidak merekah, tidak berbau, cepat mengeras dan lain-lain. Aku hanya menggunakan putty biasa yang digunakan dalam pembinaan. Putty filler segera adalah barangan eksperimen aku sekarang. 

Ia cepat keras, senang bancuh dan senang digunakan. Walaupun materialnya agak kasar dan merekah selepas keras aku dapati iainya boleh digunakan untuk projek minor. Keberkesanannya untuk projek besar seperti bodykit masih lagi aku ragui.

Putty Filler Hardware MYR 6

10. Polish
Ini polish professional dan penggunaannya harus bersama dengan professional mokiter..haha

Polish hanya digunakan selepas proses mengecat model selesai. Selepas korang clear coat mokit korang korang harus mengaplikasikan polish untuk menghasilkan permukaan berkilat dan berair seperti kereta sebenar.

Projek aku sekarang masih lagi belum pada tahap ini namun berdasarkan kepada kajian aku di Google polish kereta biasa korang boleh digunakan ke atas mokit korang. Tamiya ada menghasilkan polish untuk mokit korang namun alternatif untuknya ialah polish kereta korang pun boleh menghasilkan efek yang sama.

Polish Hardware MYR 15

OK, lastly

JOIN LA GROUP Big Boy Small Toys (BBSTC) untuk mendapatkan tips dan cadangan daripada kalangan modeller dari seluruh dunia. BBSTC ini based die di Malaysia so korang akan mendapat pendedahan dan ajaran dari sifu-sifu hebat disana. 

JOM MOKIT NUBIS!!

KKu et.al


No comments:

Post a Comment