Monday, 2 December 2013

SOME WORDS FOR THE FLYING TIME

Hello modeller, 

Seeing my audience coming from United States i decided to write this blog in English. 

So that the world can understand what i am trying to say to you guys.

It had been so long since my last post.

So this will be my post for starters as most of time before were focused to thegoldensentinel.blogspot.com my primary blog.

To all nubis dont stop modelling and keep the mokit scene on!

KKuet.al



Tuesday, 22 October 2013

Nubis: Gunpla dan JS Hobby yang owsem

Salam Nubis,

Baru-baru ni dapat memujuk kawan untuk membeli Gundam di JS Hobby. Kawan aku terpikat dengan Gundam Wing Endlass Waltz itu pun selepas sejam lebih die berfikir. JS Hobby memiliki pilihan Gundam yang sangat banyak baik dari MG, PG, RG etc. yang aku sendiri pun tak tau. 

Selain Gundam JS Hobby juga menjual mokit MotoGP Tamiya, model Kotobukiya, jet pejuang Hasegawa, Zoids, Laboratory set yang terdiri daripada set angkasa dan kapal selam dan banyak lagi. 

Apa yang membuatkan aku terus menerus datang kesini ialah kelengkapan dan peralatan Tamiya yang dijualnya. Terdapat semua kelengkapan dan peralatan mokit Tamiya yang korang perlukan disini baik dari Pla plate, Polish wax, cat dan spray, weathering set, market, cement, dan bermacam-macam lagi. Aku akan terus datang untuk mendapat peralatan detail up seperti polish, cat dan keluaran terbaru metallic dust yang membuatkan mokit korang kelihatan berkilat seperti besi. 

Berikut ialah GunPla kawan aku untuk tatapan kali ini. 
















How to go to JS Hobby?

JS Hobby  
09-01, Jalan Mewah Ria 5/4, 
Taman Bukit Mewah, 
81200, Johor Bahru
p/s : Konsep kedai dia close store, kena tekan bell baru die bukak pintu. Kedai dia tingkat atas.

Online Store 
www.jshobby.cc

Facebook
www.facebook.com/jshobbycc 

p/s: kalau korang kesana mentionlah nubisforever.blogspot.com, OK?

KKu et.al

Sunday, 20 October 2013

Nubis: Bajet tools 2

Kit
OK, hari ini korang akan mendalami peralatan dan kelengkapan yang korang perlukan untuk memulakan kerja mokit korang. Jom baca.

Tuesday, 1 October 2013

Nubis: Bajet Tools



Salam nubis, 

Setiap kerja didalam dunia ini ada peralatan dan kelengkapan yang digunakan untuk memudahkan kerja tersebut. Seorang pemancing memerlukan joran dan juga rapala untuk memancing namun seorang pemancing juga dapat melakukan kerja yang sama dengan hanya sebatang kayu, sehelai benang dan juga satu cangkuk. Sebatang joran tidak menjanjikan seseorang pemancing itu mendapat ikan yang besar berbanding seorang pemancing yang menggunakan sebatang kayu. Semuanya terletak pada tangan seseorang itu untuk menjadikan sesuatu yang tidak hebat kepada sesuatu yang sangat hebat. 

Monday, 30 September 2013

Nubis Pengenalan

Hi all,

Welcome to Nubisforever.blogspot.com blog yang memaparkan perkembangan pengalaman dan tip-tip untuk menghasilkan scalemodel yang owsem.

Disini, aku akan menunjukkan cara, tips dan tricks dalam menghasilkan scalemodel yang gempak. Aku akan memaparkan semua yang aku tahu dan temui dalam blog kecil ini untuk panduan dan bimbingan korang semua yang berminat dalam scene scale modelling ni.

Scale model yang aku gunakan buat masa sekarang akan berkaitan dengan model kereta 1/24 dan manalah tahu aku akan berjinak kedalam bidang scale model lain pulak.Mungkin juga militari dan Gundam jika tiada aral melintang.

Aku harap blog ini akan membantu korang dalam proses korang membina scale model yang owsem dan gempak!

Let mokit semua!

KKuetal