Salam nubis,
Setiap kerja didalam dunia ini ada peralatan dan kelengkapan yang digunakan untuk memudahkan kerja tersebut. Seorang pemancing memerlukan joran dan juga rapala untuk memancing namun seorang pemancing juga dapat melakukan kerja yang sama dengan hanya sebatang kayu, sehelai benang dan juga satu cangkuk. Sebatang joran tidak menjanjikan seseorang pemancing itu mendapat ikan yang besar berbanding seorang pemancing yang menggunakan sebatang kayu. Semuanya terletak pada tangan seseorang itu untuk menjadikan sesuatu yang tidak hebat kepada sesuatu yang sangat hebat.
Wahai Nubis, sekarang korang akan digelarkan sebagai modeller. Modeller juga suatu kerja yang memerlukan peralatan dalam kerjanya. Penggunaan peralatan dan kelengkapan yang sesuai akan memberikan korang minat serta memudahkan kerja korang kelak.
Peralatan seorang nubis ialah
1. Plier
2. Masking tape
3. Cutter/ Designer knife
4. Sand paper
5. Gam
6. Spray
7.Tweezer
8. Cutting board
9. Putty
10. Polish
Ini adalah peralatan asas yang diperlukan oleh seorang nubis sebelum kotak mokit korang dibuka. Memadai untuk korang hanya menyediakan peralatan 1-5 untuk permulaan kerja.
1. Pliers
Kegunaan plier ni untuk korang memotong part mokit korang dari sprue-nya. Penggunaan pemotong kuku juga boleh diterima pakai namun kemasan dari pemotong kuku sangat tidak baik malahan di sepanjang perjalanan korang sebagai modeller korang akan memerlukan plier sesangat.
Plier yang disarankan dan paling sesuai ialah plier muncung tajam dan rata. Nama saintifiknya didalam catalog ialah flush cutter. Flush cutter ni muncung dia tajam dan permukaan bawah dia rata dan sangat berguna untuk memotong lebihan plastik mokit dengan kemas. Selepas memotong dengan menggunakan flush cutter ni korang hanya perlu sanding sedikit sahaja lebihan sprue tu berbanding dengan menggunakan pemotong kuku.
Flush pliers DAISO AEON Jusco Bukit Indah MYR 5
2. Masking tape
Masking tape merupakan sahabat baik kepada seorang modeller mokit berjaya. Seni masking ini harus di kuasai oleh seorang modeller mokit dengan medalam sehingga tahap Sijil sebab banyak aktiviti korang nanti akan melibatkan penggunaan masking tape. Penggunaan masking tape ini pun boleh tahan meluas dan sangat multi-purpose.
Masking tape yang cantik akan menghasilkan hasil kerja yang sangat teliti dan memberangsangkan. Korang tidak mahu melihat cat yang terlepas masuk ke tempat yang sepatutnya apabila korang gagal me-masking kawasan yang tidak sepatutnya.
Aku telah mencuba menggunakan masking tape biasa berwarna putih yang biasa digunakan untuk menampal kotak namun hasilnya sangat tidak bagus. Gam masking tape tersebut akan melekat di badan mokit korang akibat daripada kesan tindak balas kimia spray dan masking tape itu sendiri. Malahan, masking tape biasa ini juga akan menarik cat yang sedia ada dek kerana gam-nya yang terlalu kuat.
Aku sarankan korang gunakan masking tape Tamiya. Tiada jalan lain dalam penggunaan masking tape kecuali jenama Tamiya ini. Tidak kisahlah apa saiz sekalipun asalkan korang selesa namun aku biasa menggunakan masking tape yang bersaiz 18mm refill pack. Saiz ini aku rasakan sesuai untuk aku melakukan kerja sebab saiznya tidaklah terlalu kecil dan tidaklah terlalu besar. Aku juga boleh mengubahsuai masking tape tersebut mengikut kesesuaian aku. Masking tape Tamiya ini tidak akan mengganggu cat korang yang sedia ada dan iainya juga tidak bertindak balas dengan kebanyakkan cat diluar sana.
Tamiya masking tape 18mm (refill pack) JSHobby.cc MYR 11
3. Cutter/ Designer knife
4. Kertas pasir
5. Gam
3. Cutter/ Designer knife
Pisau atau Cutter adalah pedang samurai korang dan iainya menentukan hidup mati mokit korang. Penggunaan cutter adalah sangat meluas dan jika anda bijak menggunakan cutter iainya akan menjadi sahabat baik korang namun harus di ingat cutter akan sentiasa memakan tuannya jadi berhati-hatilah menggunakan cutter. Cutter bukan sahaja bertujuan untuk memotong masking tape atau lebihan tepi mokit iainya juga boleh digunakan untuk ukiran, memotong mokit untuk membuang bahagian yang tidak diperlukan dan lain-lain.
Cutter biasa sesuai untuk melakukan kerja memotong diatas permukaan yang rata namun untuk tempat yang sukar untuk dicapai designer knife/precision knife adalah sesuatu yang korang perlukan. Designer knife dapat memotong permukaan dengan lebih pantas dan tusukannya lebih mendalam. Ketepatan designer knife mengikut kehendak korang sangat tinggi apabila badan designer knife berbentuk seperti pensel berbanding cutter biasa yang berbentuk leper.
Designer knife / Precision Knife DAISO AEON Jusco Bukit Indah MYR 5
4. Kertas pasir
Kertas pasir adalah peralatan yang mesti ada untuk mendapatkan permukaan mokit yang sekata dan menyediakan permukaan yang sesuai untuk cat melekat di badan mokit dengan lebih kuat. Kertas pasir didatangkan dengan pelbagai gred dan penggunaan antaranya berbeza antara satu dengan yang lain. Kertas pasir yang kasar sesuai digunakan untuk kerja yang berat dan permukaan yang teruk manakala kertas pasir yang halus sesuai untuk kerja yang ringan dan mementingkan ketepatan juga untuk menghasilkan permukaan yang licin.
Terdapat banyak gred kertas pasir dipasaran dari yang paling kasar sehingga yang paling halus. Tamiya ada mengeluarkan kertas pasir untuk kerja-kerja modelling dan dikeluarkan dari saiz yang sangat halus untuk mereka yang mementingkan kesempurnaan namun saiz kertas pasir tersebut banyak digunakan oleh professional. Aku mendapatkan semua kertas pasir aku dikedai hardware dari jenis Wet & Dry kerana kertas pasir tersebut boleh digunakan untuk kerja Wet sanding nanti.
Gred yang disyorkan ialah 400, 800,1200, dan 2000.
Kertas pasir Hardware MYR 0.60 - 2.00 sehelai
5. Gam
Gam merupakan peralatan yang akan mencantumkan bahagian mokit korang dari satu bahagian ke bahagian yang lain. Gam gajah, Superglue, dan yang seangkatan dengannya boleh digunakan. Nubis disarankan menggunakan gam dalam botol untuk menimba pengalaman dan kemahiran. Titiskan gam korang keatas permukaan aluminium dan ambil gam menggunakan cungkil gigi untuk menyapukan ke bahagian yang hendak disambung atau ke tempat yang susah untuk dicapai. Cara ini akan mengelakkan gam terkena ke bahagian yang tidak sepatutnya. Jika insiden turut berlaku sila sanding kawasan yang terkena dengan cermat.
Aku menggunakan super glue pada mulanya dan mendapati super glue seperti tidak praktikal dengan cara penggunaan yang leceh. Superglue juga tidak tahan lama dan mudah mengeras didalam botolnya. Jadi aku beralih kepada Tamiya Extra Thin Cement untuk kerja yang aku inginkan.
Tamiya Extra Thin Cement Jshobby.cc MYR 16
Ok nubis untuk sekarang aku post yang ini dulu. Jumpa lagi di next post!
KKu etal
No comments:
Post a Comment