Monday 6 March 2017

MOKIT: DEVIL Z Part 1

NISSAN FAIRLADY S30Z aka DEVIL Z

Wangan Midnight.
Melalui anime Wangan Midnight aku mengenali Nissan Fairlady S30Z dengan lebih mendalam. Rasa cinta dan kagum dengan rekaan dan bentuk lengkuk badan kereta ini membuatkan aku masih lagi setia mengikuti perkembangan kereta ini. Aku masih lagi melihat kelibat S30Z di ubahsuai menjadi sebuah kereta yang legenda! Lihat sahaja Fairlady Sung Kang! Kagum!?

Sung Kang's S30Z!! Legenda masih bernafas!



Wangan Midnight telah menghasut jiwa dan jasad aku kedalam dunia perlumbaan lebuhraya persisir pantai Tokyo dengan begitu drastik sekali. Natijahnya, aku sampai hari ini masih lagi menanam cita-cita ingin membuat tempat parkir Wangan dan juga bengkel Akio didalam bentuk diorama. Aku juga telah mengumpulkan beberapa kereta yang ada didalam siri Wangan Midnight dan bercadang untuk menukarkan mereka seperti didalam anime tersebut. Maka, cita-cita aku ialah memiliki diorama parkir yang penuh dengan kesemua kereta yang pernah muncul didalam anime Wangan Midnight. Aku juga masih lagi menonton Wangan Midnight sehingga hari ini. Aku juga terjebak dalam kancah dunia Wangan apabila aku telah ralit dibawa arus Tokyo Xtreme Racer di pelantar PS2! 

Interpretasi aku terhadap Devil Z ke dunia 1:24 bermula dengan kit Fujimi Wangan Midnight Devil Z yang dihadiakan oleh isteri aku. Di sinilah bermula usaha untuk melahirkan lagenda Wangan Midnight!

Toypanic.com menjadi pembekal utama aku pada ketika itu.

Lihat bungkusannya!

Balutan belon lagi

Devil Z!

Unboxing!

Pastikan bodyshell masih lagi dalam keadaan yang sempurna!

Kesemua part yang ada!

Lagi gambar kotak hadapan!

Memandangkan kit ini merupakan kit Fujimi maka pastinya akan terdapat begitu banyak kerja pembaikan dan pengubahsuaian akan dilakukan. Modeller tiada pilihan lain untuk mendapatkan kit Wangan Midnight di pasaran mokit. Tidak dinafikan bahawa Tamiya suatu ketika dahulu ada banyak mengeluarkan kit Nissan Fairlady Z namun kesemuannya bukanlah kit Wangan Midnight. Kerja ubahsuai wajib dilakukan jika seseorang membeli kit Tamiya dan menukarkannya kepada kit Devil Z. Ianya adalah sesuatu yang patut aku lakukan dahulu. 



Jumpa post seterusnya!
KKu et.al

No comments:

Post a Comment